Sunday, January 3, 2010

Nota Terakhir???

Assalamualaikum w.b.t…
Kehadapan kekasihku...…Maafkan aku jika selama kita berkenalan terlalu banyak hati dan perasaanmu yang aku sakiti…Tidak pernah aku terniatkan untuk membuat dirimu sedih bersamaku…
Sepanjang kita berkenalan, dikau telah banyak mengajarku erti cinta dan kasih sayang…Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata betapa aku bersyukur dipertemukan dengan dirimu…Janjiku kepada diriku sendiri…Dikaulah satu-satunya insan yang akan aku cintai sepanjang hayatku…
Janji-janji dan kata-kata yang dikau berikan tak pernah aku lupa…Setiap hari aku mengenangkan cinta kita dan senantiasa berharap yang suatu hari bahagia kita akan menjelma…Dimana kau dan aku sah menjadi satu…
Aku sedar bahawa dikau telah banyak membantuku…Setiap masa dan ketika kau tetap berada disisi menemaniku…Aku sangat berterima kasih di atas kesudianmu untuk menjaga dan menyintaiku…
Aku sentiasa mengharapkan yang hubungan kita akan kekal selama-lamanya…Namun aku hanya manusia biasa…Yang tak mampu menolak ketentuan yang Maha Esa…Betapa hancur hatiku apabila dikau tidak lagi seriang dulu…Hilai tawamu bersamaku hilang entah kemana…Walau puas aku cuba untuk mengembalikannya…Namun aku gagal….
Aku sedar terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan kepadamu…Aku pohonkan sejuta kemaafan di atas semua itu…Tanpa aku sedar, semua kesalahanku yang dikau pendamkan menjadi duri yang membuatkan hatimu terluka…Aku tergamam kerana belum pernah sepanjang hubungan kita dikau berlaku begini…Namun aku masih tetap setia menanti…Untuk menyemai semula cinta kita yang semakin pudar…
Aku fikirkan yang aku telah berikan segala yang terbaik buatmu agar dikau tidak jemu mencintai aku…Namun mungkin perkenalan kita terlalu lama, membuatkan dirimu hilang semangat untuk terus bersamaku…Mungkin juga dikau terlalu awal berjumpa denganku dan merasakan belum cukup puas untuk mengenali lelaki-lelaki yang lain…Tidak pernah aku melarang namun aku hanya mampu memperingatkan dirimu bahawa dikau tersangat tinggi budi pekertinya yang mampu membuatkan si lelaki jatuh hati…Aku hanya mampu berpesan kerana aku tidak mahu sebarang masalah menimpa ke atasmu dan cinta kita…
Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata betapa sungguh aku menyintai dirimu sepenuh jiwa dan ragaku…Setiap hari, setiap detik dan setiap ketika aku sentiasa merindukanmu tanpa rasa jemu…Walau kemana aku pergi, diri dan namamu sentiasa aku bawa kerana ia telah terpahat kukuh di dalam hatiku…Tak kan ada insan lain selain darimu yang aku dambakan cintanya sehebat ini…Kerana aku tahu kita berdua adalah satu…
Sayang, andai dirimu merasakan ini yang terbaik buatmu…Aku terpaksa akur, walaupun berat dan sukar aku untuk meninggalkanmu…Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dirimu…Maafkan aku kerana terpaksa pergi darimu, bukan kerana aku tidak lagi mencintai dan merindukanmu, tetapi atas permintaanmu sendiri…Aku hanya mampu berharap yang kau akan kembali meskipun aku tahu dan sedar dikau tidak dapat menjanjikan apa-apa lagi buatku…
Aku sentiasa berdoa agar dirimu selamat dari sebarang bencana dan aku memohon maaf kerana tidak dapat menjaga dirimu lagi buat seketika waktu kerna kau yang meminta begini…Pintaku agar dikau dapat menenangkan dirimu dan dapat memikirkan semula tentang cinta yang telah lama kita bina…Sekali lagi ku pohon maaf atas segalanya…Walaupun aku terpaksa pergi, namun aku tak pernah meninggalkanmu… percayalah sayangku…Salam sayang…Salam rindu…Salam cinta dariku untukmu sayang…Moga dikau berbahagia selalu…Aku sentiasa menantimu disini…
YOU ARE MY ONLY ONE AND I WILL ALWAYS LOVE YOU MY DEAR…

5 comments:

sYaZa_mOuQ said...

serious sdey bace post nie..it really show how much u love her..poor her to leave a guy like u..its hard to find sum1 who loves a person like u do..but dont worry pngalaman mematangkan kte aite?? abg mude lg..there's so many things to xplore..jgn wiso..i'll always pray the best 4 u..be strong!!

Haziq Juandi said...

hehehe..neh ade sorang macha 2 la tunjukkan kat abg..abg saje2 je post kat sini..cam besh jek ayat dia..hehehehe....

sYaZa_mOuQ said...

hek eleh..engt la btol la abg yg tulis..cm nk nngis da bce..ak di tipu rupenyer..tp still best r ayat die..masyukkk! hehehe

all ttg aku said...

seriously haziq,tqah mmg tersentuh bace entry ni...bergenang jugak airmata....bile kite dpt phm ape yg penyampai nk sampaikan...semoga haziq kuat dlm menghadapi yg strosnya...ada hikmah disebaliknya......frens 4ever

Haziq Juandi said...

alritey..thnx for the comments made...terharu ade orang yg tersentuh membaca...isk3...

Post a Comment