Monday, March 15, 2010

Tuhan Penentu Segala


kadang kala…perjalanan hidup membuatkan manusia tertanya2…dan pertanyaan2 yang ada akan terjawab..cuma takdir..waktu dan masa akan menentukan segala2…dan Dia juga yang tentukan semua itu…
aku tidak pernah membicarakan tentang kuasa tuhan..aku bersyukur yang aku masih mampu berdiri di atas muka bumi ini atas kekuatan yang Dia telah pinjamkan..aku akui..aku selalu alpa…aku selalu lalai dalam mensyukuri nikmat yang di beri…dan aku sentiasa berharap aku akan mampu berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari sebelumku…
entah kenapa…kadang kala aku rasakan bahagia memang bukan milikku..makin aku cuba mencari ketenangan..semakin aku tenggelam dalam derita…putus asa sudah meniti dari bibir dari sehari ke sehari…aku cuma perlukan kekuatan…untuk terus kekal, terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang…
dalam hidup…aku sedar ada insan yang jauh lebih susah dariku..namun dugaan yang kuhadapi…semakin ku rasakan bebannya…aku cuma mengharapkan sedikit rasa bahagia…namun aku tahu bahagia bukan milikku..dan aku akan terus cekal untuk hidup dengan kenyataan ini…
kesepian yang aku rasai..puas ku cuba untuk menghilangkan…aku sedar…bahagia yang dipinjamkan bukan lah milikku…dan mungkin tak akan pernah menjadi milikku…terima kasih kerana meminjamkan aku ruang untuk mengenali dan merasai erti kasih sayang…
bahagia yang datang..ingin ku rangkul erat…mahu ku simpan rapi…namun aku tiada daya…aku tidak termampu…dan bahagia telah pun pergi meninggalkan aku…aku rela…andai bahagia masih memerlukan aku…aku tetap ada disini…maafkan diri ini kerana tidak pernah menghargai bahagia yang pernah singgah menjadi penghibur lara hati ini….
tuhan..aku pasrah dengan kehendak mu…kuatkan lah hati yang rapuh ini..aku tahu…hanya Dikau lah Tuhan Penentu Segala……

0 comments:

Post a Comment